hari ke 3 di Jakarta

alhamdulillah, harini hari yang ke 3 aku dan perwakilan dari Brunei Darussalam berada di Jakarta bagi tujuan mengikuti akademi sahur indonesia, (AKSI) rancangan TV.

the environment and system are totally different from my own country. kalau ditanya culture shock kah inda? not really but they are totally amazing here. 2 words : hard working!

let me interview myself,

so, why am i here?
mewakili Brunei untuk mengikuti akademi – ceramah pentas TV. seriously, this is beyond my imagination. rasa mcm tercampak di sini, but as bro Daffy, brunei coordinator once mentioned, “you are chosen” that’s it. out of many people yang berkebolehan berceramah di Brunei, im chosen. with me ada 5 brothers. so we are the 6 siblings, who should help one another even towards the end, we are going to compete with each other.
sejujurnya, aku rasa kerdil dan tak punya-punya apa-apa tapi yang penting aku tahu aku ada keinginan untuk menyampaikan dakwah. aku ingin mnyebarkan kebaikan dan cinta-Nya. to improve my public speaking skills thats for sure.

kata Pak Didik, manager of the program, “rancangan ini tujuannya menjalinkan ukhuwah islamiyya, bukan sekadar rancangan TV dan pertandingan.”

are you nervous?

yes, i’ve been nervous since 3 weeks ago. the fact that i think that i no confidence… haha, but after all, that’s just my own thought. i have to change my mind. to have confidence in Allah,  insya Allah~

 

Advertisements

Jangan fikir kau hebat.

17310188_1892306817673981_7269824923712728432_o.jpg

Hujan itu rahmat,
Bukti cinta Allah yang hebat.

Pernahkah kau berhenti sesaat,
Berfikir tentang nikmat?
Tak terhitung banyaknya sehinggakan kau kufur nikmat. 

Kadang, ujian datang berlipat,
Kau fikir stress yang kau dapat.
Tapi bukan.
Sepatutnya mensyukuri tanda kau taat.
Teruskan langkah, tuk jadi kuat.

Kerana masamu semakin singkat,
Usia pula meningkat,
Jangan sampai terlambat
Untuk bertaubat.

Sungguh dunia itu lazat,
Tapi tahukah kau itu adalah muslihat?
Makin kau kejar,
Makin memikat.
Makin kau dekat,
Makin jauh pula dengan akhirat.

Hingga sikit berbuat ibadat,
Bersedekah pun kau tak sempat,
Yang teruknya, bertambah pula maksiat.

Hakikatnya, setiap hari kau mengharapkan rahmat.
Acah-acah memburu berkat.
Berfikirlah.
Bagaimana mungkin rahmat berjalan seiring dengan maksiat?

(Jules, 24/3/17)
……………………..

Monolog.
Kerana aku juga manusia. Lemah dan masih perlu nasihat.
Mengharap redha-Nya dan tak mahu nanti dilaknat.

Cancer dan kasih sayang Allah.

17492302_1893236504247679_7052162454687457787_o.jpg

Ada orang, di usia muda sudah menghidap cancer. Semua orang tahu, cancer ini bukan mudah untuk disembuhkan. Susah, sakit, menderita dan perlu kekuatan dan kesabaran yang tinggi menghadapinya.

Benarlah, mereka yang tak kena takkan tahu bagaimana rasanya bertarung dengan penyakit cancer ini.

Mereka mungkin berkata, “Si A kana cancer? Kesian jua ia….”

Boleh saja kita merasa kasihan dan bersimpati terhadap mereka. Tapi, tahukah apa perkara yang lebih besar dari semua itu?

Kasih sayang Allah. Allah pilih orang-orang yang dikehendaki-Nya untuk diuji dengan kesakitan. Apa hikmahnya? Mereka yang sedang sakit tenat, berpeluang untuk membuat persiapan berjumpa dengan Allah. They will know that they will die soon.

Apa perkara yang indah di penghujung kehidupan ini? Mati dalam keimanan (حسن الخاتمة), sempat bertaubat, hutang langsai, memaafkan dan dimaafkan orang lain. Bertuahnya mereka!

Nasihatku, hidup ini biar sibuk dan penat kerana melakukan amal soleh. Coz we don’t know when are we going to die. Imagine Allah takes our breath away, when we are on our way to attend majlis ilmu. Isn’t it amazing?

Al-fatihah buat mereka yang sudah pergi. Real fighters.

Terlupa.

i was like, “i feel bad today. i forgot that im supposed to have class at 8 until 11am.”

while enjoying coconut shake on a sunny day after attending an islamic talk, i saw my classmates walking together with books on their hands. eh? …. huhu astaghfirullah hal azim..

lupa. manusia itu mudah lupa. 
aku fikir ini hukuman, rupanya lupa juga adalah satu rahmat dari Allah. aku mengaku bahawa kehidupan ini tak semudah masak maggi. kerana ujian datang bertubi. tetapi Allah rehatkan dan hiburkan kitani dengan bermacam2 nikmatnya. 

antaranya:
lupa, bukankah jika seseorang itu terlupa, dia dimaafkan?

sebagaimana seseorang itu sedang berpuasa tetapi makan tanpa senghaja sebab “lupa” bahawa dia sedang berpuasa. pekara ini dimaafkan dan puasanya tetap sah, dapat diteruskan lagi.

belajar untuk memaafkan diri sendiri.
cherish every moments that Allah has set for you.
it has written.
alhamdulillah.
jumuah mubarak everyone!